Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Selasa, 22 Disember 2009

24 anggota Unit Pengakap Kelana Brunei tamat kursus


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seramai 24 anggota Unit Pengakap Kelana Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam hari ini menamatkan kursus selama empat hari di Pusat Latihan dan kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.

Kursus yang dinamakan Kepimpinan Asas Manikayu Unit Pengakap Kelana KAMPK-0001 itu yang bermula sejak 26 Mac lalu bagi menerima dan menggunakan prinsip Pengakap Kelana dalam kepimpinan Pasukan Pengakap Kelana masing-masing dengan penuh keyakinan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pengakap kelana.

Sebanyak 16 sesi dilaksanakan yang semuanya berhubung kait dengan peranan dan tanggungjawab dalam bidang kepimpinan bagi Ketua Kelana dalam mengurus dan menggerakkan pasukan Pengakap Kelana berdasarkan program tentatif.

Kursus itu membabitkan seramai tujuh jurulatih termasuk dua dari Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Negeri Sabah iaitu Mohamad Majid dan Asim Awang Yusop yang juga selaku jurulatih Pasukan Latihan Pengakap Kebangsaan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Pergerakan Pengakap di Brunei wujud sejak lebih 75 tahun dan ianya adalah detik bersejarah bagi latihan kepimpinan di peringkat asas manikayu terutama bagi Unit Pengakap Kelana.

Unit Pengakap Kelana juga mencipta lembaran sejarah mengadakan Rover Moot 2007 kali pertama dan pada hari ini sekali lagi membuka lembaran sejarah khusus dalam bidang latihan kepimpinan asas manikayu bagu Unit Pengakap Kelana.

Sijil tamat kursus pada disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Badar Haji Ali.


Perkhemahan Pertama Rovebo

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Disember. - Sikap bertanggungjawab, komitmen yang tinggi, berkepimpinan, bertoleransi, kerjasama serta berinteraksi dengan pihak atasan maktab adalah salah satu ciri-ciri yang terpuji.

Ini telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar 1069 Pasukan Pengakap Maktab Teknikal Sultan Saiful Rijal (MTSSR) iaitu Kelana 1069 yang mana telah mengusahakan Projek Perkhemahan RoVeBo.

Pemangku Pengetua MTSSR, Dayang Hajah Noorzainab binti Haji Abduladi menyatakan demikian semasa Pelancaran Perkhemahan RoVeBo Senegara kali pertama yang dilancarkan di Taman Perhutanan Persimpanan Berakas.

Perkhemahan RoVeBo (Rover, Venture dan Boy iaitu gabungan tiga buah unit) dikendalikan oleh Pasukan Pengakap Kelana 1069 MTSSR dan melibatkan sepuluh buah Pasukan Pengakap dari keempat-empat daerah dengan tema 'Teguh Bersatu'.

Sabtu, 27 Jun 2009

Michael Jackson - May Allah bless you..

AFP PHOTO

Peminat tanah air kenangi Michael Jackson
Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Penyanyi legenda terkenal dunia, Raja Pop yang menganut agama Islam tahun lalu, Michael Jackson meninggal dunia awal pagi hari ini di Hospital UCLA Medical Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat akibat sakit jantung. Semasa hayatnya, beliau berjaya mencipta nama hingga ke tahap antarabangsa dan sejarah kerana menghasilkan penjualan rekod albumnya yang terbanyak di dunia, dan seorang penari dan penyanyi yang berbakat.

Michael Jackson juga pernah mengadakan persembahan konsert beliau di Brunei sekitar Julai dan Disember 1996 dan beliau menggegarkan Amphitheatre Jerudong yang dikunjungi ribuan peminat beliau dari dalam negara serta beberapa negara jiran. Persembahan beliau yang bersejarah itu ditonton secara percuma oleh orang ramai dan antara album yang didendangkan pada konsert itu termasuk lagu hit terkenal beliau iaitu Thriller, Beat It dan Billie Jean yang mendapat sambutan jualan terbaik sehingga mencapai $26 juta.

Salah seorang peminat tempatan yang ditemu bual berkata: "Beliau (Michael Jackson) adalah seorang yang sangat lemah lembut, berwibawa tinggi, penyayang, pengasih dan juga mempunyai cita-cita tinggi."
"Saya masih ingat sewaktu konsert beliau, kami berada di ruang VVIP untuk beramah mesra bersama Michael Jackson. Beliau adalah seorang Raja Pop dunia yang sebenar, kerana beliau mempunyai sifat tidak angkuh dan senantiasa menyedari akan kesedihan orang lain."
Courtesy of Media Permata

Rabu, 24 Jun 2009

Lencana JOTA JOTI 2009 dalam versi Brunei (Will available Soon)

Lencana JOTA JOTI Brunei


Logo JOTA Brunei

Logo JOTI Brunei
Kelana1033

Tahniah..Selamat Pengantin Baru


SELAMAT PENGANTIN BARU....

Tahniah diucapkan kepada Skipper Md Syukri bin Haji Masri yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 19 Jun 2009 yang lalu dan bersanding pada 21 Jun 2009 dirumah beliau.
Kelana1033

Rabu, 17 Jun 2009

Salam. Baru-baru ni, Pasukan Pengakap 1040 dari Sekolah Menengah PAP Masna, menjemput Pasukan Pengakap Kelana 1033 untuk mengajar ikatan dan seterusnya menyediakan satu aktiviti Abseiling di perkarangan sekolah durang ahaha..enjoy!!!
PAP MASNA and ROVERS 1033
Our spiderman..ahaha

Ready to accept the challenge..=)

Skipper Rakob membuat persiapan terakhir..

Memperagakan peralatan abseiling nya ehehe

Me....sempat jua kan turun..nda tahan bah..

Fidah pun turut serta dengan kami...

That is call CONFIDENT...!!

Cikgu Maziah juga turut serta...
Kata Skip Zul, mukanya sama macam si Fatimah Ismail betul ke??


Arif in action too..



Skip Rakob bersedia dengan harness nya..

Kelana1033

Kayaking with PAP Masna,MAKTAB SAINS and UBD

Salam. Sebelum apa-apa, mohon maaf diatas kelewatan mempost blog. Pada Jumaat yang lepas, Pasukan Pengakap Kelana 1033 telah menganjurkan kayak bersama dengan Sekolah Menengah PAP Masna dan beberapa ahli-ahli dari Maktab Sains. Now enjoy the picture..... =)
Siap sedia...

Berlumba....skip rakob sorang-sorang sja ahaha



Bergambar ramai...orang UBD dan PAP Masna balik sudah awal...


By the way..congratulation to KUCING sebab ada dapat lesen ahaha

Kelana1033

Isnin, 8 Jun 2009

Scouts plant saplings to mitigate climate change

By Liza Mohd
Planting a sapling in Kampong Sungai Mau.

To mark World Environment Day 2009, some 30 scout members nationwide yesterday embarked on a sapling-planting project at Kampong Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat, with joint cooperation from the Sungai Liang Forestry Department.

"The project involved planting local trees - particularly the Periuk Kera otherwise known as Sumbui-Sumbui - at an allocated land measuring 300 metres square," Rover Scouts Commissioner Haji Othman Durani said.

The scouts also planted other local saplings such as Pinang, Mempelam nad Pokok Bunga.
The scouts pledged to plant 65,000 trees out of the astounding goal of five billion trees in the country, he added.

The local scouts joined scout members nationwide in the tree-planting project with the attempt to mitigate climate change.
courtesy from Borneo Bulletin

Sahut seruan jaga alam sekitar dunia

Oleh Hajah Saemah Zulkefli

Usaha menanam pokok sebegini adalah antara usaha murni
membantu mengurangkan masalah pemanasan global.

KUALA BELAIT, Ahad - Sebanyak 100 batang pohon daripada berbagai jenis pokok ditanam kira-kira 30 anggota Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam di kawasan Tapak Penanaman Pokok Kampung Sungai Mahu, Bukit Sawat di Labi dekat sini, hari ini.

Penanaman pokok itu dilakukan bersempena dengan sambutan Hari Alam Sekitar Dunia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang diadakan secara serentak di seluruh dunia.

Pesuruhjaya Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Brunei Darussalam (Unit Pengakap Kelana), Haji Othman Durani memberitahu media acara berkenaan merupakan pertama kali disertai pengakap Brunei tahun ini.

"Ia sebagai menyertai warga dunia dan saudara pengakap seluruh rantau dan dunia bagi menyumbang khidmat mengatasi perubahan cuaca di mana pengakap sedunia berharap dapat menanam sejumlah 65,000 pokok daripada lima bilion pokok keseluruhannya yang dirancang akan ditanam di seluruh dunia," katanya.

Penanaman pokok itu adalah bagi menghijaukan bumi untuk mengatasi masalah iklim yang melanda pada masa ini di seluruh dunia.

Dalam projek hari ini, tiga jenis pokok yang ditanam di kawasan berkenaan antaranya ialah Semala, Tolong dan Meranti.

Menurut Haji Othman lagi, semua sumber pokok tanaman dan baja serta nasihat diberikan oleh Jabatan Perhutanan dan pokok yang ditanam itu dihasratkan untuk dikomersialkan di masa akan datang.

Beliau menambah, sebanyak 400 pohon jenis pokok-pokok yang sama sudah ditanam oleh anggota pengakap negara ini sejak awal bulan Jun tahun lalu di kawasan seluas satu hektar di Kilometer 12 Jalan Labi dengan jarak penanaman setiap pokok ialah lima meter.

Masih terdapat tiga hektar lagi tanah di sana yang perlu dilaksanakan projek serupa.
Pokok yang ditanam itu akan mengambil masa 60 tahun sebelum matang untuk ditebang dan dikomersialkan menjadi papan.

Di samping pokok berkenaan, aktiviti turut melibatkan penanaman pokok Periuk Kera (Sumbui-Sumbui) yang bermatlamat memberikan kemudahan kepada pelajar negara ini membuat kajian ke atas habitat itu.

Di samping aktiviti bertanam, Majlis Forum Hutan juga diadakan pada penghujung Mei lalu yang antara lain bagi memberikan kesedaran kepada pengakap bahawa hutan dan alam sekitar adalah penting bagi keperluan manusia dan makhluk lain di dunia ini.

Antara yang terlibat dalam aktiviti hari ini ialah pengakap Kelana yang berusia 18 hingga 26 tahun, Pengakap Tunas (7-12 tahun), Pengakap Muda (12-16 tahun) dan Remaja (16-18 tahun).
courtesy from Media Permata

Kayaking at KG. PUDAK (7 Jun 2009)

Salam..its been a long time not blogging ehehe..kinda busy with family and work. Pada 7 Jun 2009, kami telah berada di Kampung Pudak. Kali ani kami mencuba berkayak sebagai persiapan kami untuk menganjurkan Kejohanan Kayak Senegeri yang akan diadakan pada sedikit masa lagi. Pada masa yang sama kami bersama Persatuan BARA yang kebetulan juga ingin berkayak disana. Enjoy!!! =)

Ambulan nya skip Rakob..mengunakan Perahu Labi-Labi
Kayaking...semua sedang bersedia
Berkumpul....
Diantara yang mengikuti rekreasi kayak.

'Docking'

Mendengar arahan dan penerangan daripada Skipper Rakob

Demo on how to capsize

Semasa salah sebuah kayak yang ingin mencuba capsize

Skip Zainuddin juga bersama kami pada pagi Jumaat yang indah itu


Swiming..to be honest, i don't know how to swim ahahaha...


Skipper Zul...


Makan 'Ambuyat', sejenis makanan tradisi Brunei dari Puak Tutong


Skipper Zainuddin dengan anak-anak beliau


Bergambar ramai sebelum pulang..

Kelana1033

Selasa, 2 Jun 2009

Scouts learn importance of preserving the forest through project

By Rossfadelah
Students participating in the event. - ROSSFADELAH


More than 70 scout members participated in a tree-planting project held yesterday morning at Kampung Sungai Mau, Mukim Bukit Sawat. It is an annual project held by the teams with the cooperation of the Sungai Liang Forestry Department.


The project involved all scout teams from districts nationwide. Among the activities conducted were watering the trees as well as cleaning up the compound.


Haji Othman Durani who is also the Commissioner of the Rover Scouts said that the project was aimed at educating the teams on the importance of preserving the forest as well as to keep the selected trees from extinction. He also added that we play an important role in saving the world from issues such as the global warming dilemma.


Although Brunei is a small nation, it is high time for us to show our responsibilities to the world.
The project was also held to mark the 75th anniversary of Negara Brunei Darussalam Scouts.


During the event, the teams named the area as 'Taman Jubli Intan Pengakap Brunei'. The activities also provided invaluable insight to participants on the proper ways of planting trees, maintaining them, cleaning the area and replacing the dead trees.


Courtesy from Borneo Bulletin

Congratulations to Skipper Lobo

'Brunei Drift' bags top Rancangan Aksi Video award

By Aziz Idris

Muhammad Syazli bin Hj Duming (2nd L), from team 'Brunei Drift',
receiving the top prize for the Rancangan Aksi Video competition. - AZIZ IDRIS


The final round of the popular reality TV show called "Rancangan Aksi Video" came to a close yesterday as Muhammad Syazli bin Hj Duming emerged as the champion with 7,160 votes for his video clip entitled 'Brunei Drift'.


The competition was broadcast live from Dewan Raya, Radio Television Brunei (RTB), Bandar Seri Begawan.


First runner-up was Ak Mohd Fadhullah Iskandar bin Pg Mohd Su'ud with his video clip entitled 'Macam Si Banar' that garnered a total of 6,325 votes and Widuri bte Maidin Jumlah with her video clip entitled 'Me Vs My Self' collected 6,300 votes.


The winner brought home a cash prize of $3,000 as well as a Sony 32" LCD TV that was sponsored by Multitrons Sdn Bhd, while a Sony Handycam and a cash prize of $2,000 were awarded to the first runner-up. The second runner-up was awarded with a cash prize of $1,000, as well as a Sony Home Theatre System, which was also sponsored by Multitrons Sdn Bhd.


The prizes were given by the guest of honour, Awg Hj Saiful Bahri bin Hj Awg Mashor, Deputy Permanent Secretary at the Prime Minister's Office.


Also present during the event was Pengiran Hj Mahari bin Pengiran Hj Abdul Razak, Acting Director of RTB, as well as loyal supporters for the 'Aksi Video' finalist teams.


Local singers and dancers were also on hand to entertain the evening, as well as a comedy sketch performance by popular local comedian Awg Kudil and Dang Kasum.


Courtesy from Borneo Bulletin

Pantai Serasa

Salam sejahtera. Selepas dari Shahbandar, kami menuju ke Pantai Serasa. Well disana kami minum kelapa muda. Pantai Serasa adalah terletak di Daerah Brunei Muara dan ia merupakan tempat yang terhujung di Brunei. Disini awda dapat melihat Pulau Pelumpong, Pulau Muara Besar, Pelabuhan Muara dan sebagainya. Jika ini ke sini, datanglah beramai-ramai pada hujung minggu. Enjoy!!!
Kelapa muda 1 biji BND1.00..murahkan ehehe

Fidah nda pandai mengaut eh ehehe

Sedang minum air kelapa

Khalid menikmati permandangan indah...

Berada di atas pelantar..
Posing diatas pelantar...

Amer ketawa hahaha..

Kelana1033