Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Ahad, 11 Julai 2010

Spain, the Champion.

Andres Iniesta celebrates with the World Cup trophy following Spain's victory over the Netherlands.
(Martin Meissner/AP)


Spain's Andres Iniesta celebrates after his team's World Cup final victory over the Netherlands.
(Luca Bruno/AP)


Congratulations on the winning of the first World Cup at South Africa 2010 with the result of Netherlands 0 - 1 Spain.


Mesyuarat Tidak Formal

Pada pagi tadi dalam jam 0900, satu mesyuarat tidak formal telah diadakan di Kampong Pudak. Ia adalah bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti pengakap kelana. Atas sebab-sebab kesibukan dengan tugasan dan kerja masing-masing, ahli-ahli terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada kerjaya masing-masing.

Dengan sekembalinya beberapa ahli-ahli dari kesibukan, beberapa cadangan telah dibuat bagi merancakkan semula Pasukan Pengakap 1033 ini. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah kami bincangkan tadi.

  • 15 Julai 2010 yang akan datang, ahli-ahli yang berdaftar di Pasukan Pengakap 1033 dihendaki hadir pada hari tersebut bagi sama-sama meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64.
  • 16 Julai 2010, satu mesyuarat akan diadakan bagi mengumpul dan membincangkan beberapa agenda termasuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Tempat dan masa akan diumumkan dalam masa terdekat.
  • 17 Julai 2010, Santap Diraja bagi pasukan-pasukan beruniform di Dewan Santap, Istana Nurul Iman.
  • 25 Julai 2010, Bersama Rakyat di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.
  • 30 Julai 2010, Sekolah PAP Masna akan mengadakan aktiviti di Kampong Pudak. Pasukan Pengakap mereka menjemput Pasukan Pengakap Kelana 1033 bagi membantu mereka.

Dan beberapa aktivit-aktiviti lain seperti Kayak dan Perkhemahan serta beberapa aktiviti kebajikan semasa bulan Ramadhan yang akan datang.

Sekian dari Kelana1033.

Jumaat, 9 Julai 2010

Kini Kembali Semula.....

Selamat petang dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan pengakap.

Setelah sekian lama menghilang kini muncul kembali. Pasukan Pengakap 1033 akan bermesyuarat semula pada:

TARIKH: 11 JULAI 2010
TEMPAT: Kampng Pudak, Pulau Berambang.
MASA: 9:00 pagi


Sekian.