Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Selasa, 22 Disember 2009

24 anggota Unit Pengakap Kelana Brunei tamat kursus


BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Seramai 24 anggota Unit Pengakap Kelana Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam hari ini menamatkan kursus selama empat hari di Pusat Latihan dan kegiatan Pengakap Kebangsaan, Kompleks Pengakap, Jalan Gadong.

Kursus yang dinamakan Kepimpinan Asas Manikayu Unit Pengakap Kelana KAMPK-0001 itu yang bermula sejak 26 Mac lalu bagi menerima dan menggunakan prinsip Pengakap Kelana dalam kepimpinan Pasukan Pengakap Kelana masing-masing dengan penuh keyakinan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin pengakap kelana.

Sebanyak 16 sesi dilaksanakan yang semuanya berhubung kait dengan peranan dan tanggungjawab dalam bidang kepimpinan bagi Ketua Kelana dalam mengurus dan menggerakkan pasukan Pengakap Kelana berdasarkan program tentatif.

Kursus itu membabitkan seramai tujuh jurulatih termasuk dua dari Persekutuan Pengakap Malaysia cawangan Negeri Sabah iaitu Mohamad Majid dan Asim Awang Yusop yang juga selaku jurulatih Pasukan Latihan Pengakap Kebangsaan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

Pergerakan Pengakap di Brunei wujud sejak lebih 75 tahun dan ianya adalah detik bersejarah bagi latihan kepimpinan di peringkat asas manikayu terutama bagi Unit Pengakap Kelana.

Unit Pengakap Kelana juga mencipta lembaran sejarah mengadakan Rover Moot 2007 kali pertama dan pada hari ini sekali lagi membuka lembaran sejarah khusus dalam bidang latihan kepimpinan asas manikayu bagu Unit Pengakap Kelana.

Sijil tamat kursus pada disampaikan oleh Ketua Pesuruhjaya Pengakap, Haji Badar Haji Ali.


Perkhemahan Pertama Rovebo

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 3 Disember. - Sikap bertanggungjawab, komitmen yang tinggi, berkepimpinan, bertoleransi, kerjasama serta berinteraksi dengan pihak atasan maktab adalah salah satu ciri-ciri yang terpuji.

Ini telah ditunjukkan oleh pelajar-pelajar 1069 Pasukan Pengakap Maktab Teknikal Sultan Saiful Rijal (MTSSR) iaitu Kelana 1069 yang mana telah mengusahakan Projek Perkhemahan RoVeBo.

Pemangku Pengetua MTSSR, Dayang Hajah Noorzainab binti Haji Abduladi menyatakan demikian semasa Pelancaran Perkhemahan RoVeBo Senegara kali pertama yang dilancarkan di Taman Perhutanan Persimpanan Berakas.

Perkhemahan RoVeBo (Rover, Venture dan Boy iaitu gabungan tiga buah unit) dikendalikan oleh Pasukan Pengakap Kelana 1069 MTSSR dan melibatkan sepuluh buah Pasukan Pengakap dari keempat-empat daerah dengan tema 'Teguh Bersatu'.