Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Ahad, 31 Mei 2009

Royal Brunei Armed Forces Day

Salam sejahtera. Pada kali ini, kelana-kelana mengunjungi dan menyaksikan Perbarisan Raksasa, Persembahan Arena dan pameran-pameran statik. Banyak yang kami pelajari mengenai ABDB dan alhamdulilah sepanjang kami berada disana, ilmu pengetahuan kami semakin bertambah. Nah gambar-gambar kami di Pengakalan Tentera Udara Rimba.

Pagi sudah menunggu di SMR

Tugu Pengkalan Udara TUDB


Kami terpaksa berjalan kaki..macam rambler la....

Kebarangkatan KDYMM ke TUDB

Hormat Diraja

Pengawal yang bertugas dengan uniform yang segak


Jentera berat yang dipamerkan...Skipper Rakob dengan gayanya..


Nun jauh disana...


Chewahh....salah sebuah kereta perisai milik Unit Perisai

Fakhrul dengan gayanya...ahaha

Berada didalam sebuah APV



La...ditolak sorang lawan lagi sorang..sapa tah yang dapat ni?!! ehehe

Rugged...motosikal yang dipunyai oleh Polis Tentera

Salah satu persembahan selepas selasainya Perbarisan Raksasa

Persembahan Arena - Satu pertunjukkan yang agak merbahaya, dua buah helikopter sama-sama terbang rendah dan melakukan aksi-aksi yang mengagumkan macam kereta drift.

Payung terjun - aksi dari penerjun-penerjun dari TUDB


Dipintu masuk Pameran Statik dan Unit-unit ABDB

Black Hawk - One of the helipcopter own by Royal Air Armed Force

Our young future pilot...Salute!!!!


Pancaragam Pengakap Kelana soon!! - erm minta maaf skip Juin ah..ehehe

Unit Bomba TDDB - ermm..alien? aha, one of the fire suit

Kelana1033

Sabtu, 30 Mei 2009

Selamat Hari Gawai Dayak

SELAMAT HARI GAWAI DAYAK!
Kepada semua kaum-kaum Dayak di Negara Brunei Darussalam
Gayu guru gerai nyamai, lantang senang. nadai apai nadai nama. bulih duit bulih ringgit, Nempusong baka bukit ngebung baka langit. Selamat Ngintu Hari Gawai! - Bahasa Iban...
Kelana1033

Tugasnya berisiko, tapi besar ganjaran

Oleh Imelda Farrah Zohre HA

BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat - Untuk mencapai kesejahteraan dan keamanan di sesebuah negara atau tempat bukannya satu pekerjaan yang mudah, malah memerlukan kepada pasukan keselamatan.



Imam berkata di negara ini terdapat pasukan keselamatan yang diberi amanah untuk mempertahankan kedaulatan raja, agama, bangsa dan negara dan salah satu daripadanya ialah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang pada 31 Mei ini genap usianya 48 tahun.



Imam dalam Khutbah Jumaat hari ini berkata dalam usianya yang matang itu sudah setentunya mereka mempunyai kekuatan dan kemampuan serta persediaan yang cukup dan mampu untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran untuk menegakkan dan mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta ini.


Sesungguhnya tugas sebagai tentera adalah amat mulia, ia bukan tugas yang mudah tetapi banyak risiko dan berat tanggungjawabnya dan angkatan tentera yang menjalankan tugasnya dengan amanah dan penuh berdedikasi sangatlah kita sanjung tinggi dan hormati, jelas Imam lagi.


Imam berkata apa yang lebih penting juga tugas yang mereka pikul itu amat besar ganjarannya apatah lagi jika disertai dengan niat ikhlas kerana Allah SWT.


Imam menambah kata sesungguhnya kekuatan dan kehebatan sesebuah pasukan tentera bukan saja terletak pada senjata yang canggih dan lengkap serta anggota yang ramai, bahkan juga memerlukan kepintaran dalam menyusun strategi, persefahaman yang baik, sifat setia kawan, taat kepada pemerintah, fizikal yang sihat dan cergas dan yang lebih penting ialah keimanan dan ketakwaan kepada Allah.


Menurut Imam lagi kekuatan Iman penting bagi sesebuah pasukan kerana sejarah membuktikan yang kekuatan dan kemenangan sebenar tentera Islam bukanlah terletak kepada keramaian tentera dan kecukupan peralatan perang tetapi berpunca daripada kekuatan Iman, keikhlasan, kejujuran, kepada ketua dan yang penting berjuang semata-mata kerana Allah.


Sebagai contoh peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah semasa perang Badar walaupun pada ketika itu bilangan tentera Islam lebih kurang 300 orang dan tentera musuh lebih kurang 1,000 orang, tetapi berbekalkan keimanan dan kekuatan dan semangat juang yang tinggi kepada Allah serta strategi yang berkesan maka tentera musuh dapat ditewaskan, jelas Imam. Beliau menambah kata semangat perjuangan dan mempertahankan negeri bukan hanya pada anggota tentera tetapi perlu ada pada semua lapisan masyarakat kerana negeri memerlukan rakyat yang sanggup berjuang dan berkorban bagi mempertahankan negerinya.


"Sehubungan itu perasaan cinta kepada agama, bangsa, raja dan tanah air perlu disemai dan kita perlu sedar musuh yang sebenarnya bukan sekadar musuh yang beradu kekuatan dengan kita, tetapi ialah hawa nafsu yang mendorong kepada kemungkaran yang cuba menggugat kesejahteraan, kehormatan, mengancam kesucian agama dan merosakkan budaya seperti penyalahgunaan dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi gejala sosial yang boleh membawa keruntuhan moral, terang Imam lagi.


Imam berkata "Sebagai rakyat dan penduduk di negara ini, kita seharusnya memerangi gejala ini daripada terus merebak meracuni pemikiran anak bangsa kita.


Courtesy from Media Permata

Jumaat, 29 Mei 2009

Influenza HINI

BERWASPADA!!!!



BE ALERT!!!!

courtersy from Ministry of Health

Kelana1033

1 Jun 2009

Salam sejahtera. Seperti yang telah dipersetujui, pada 1 Jun 2009, Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 1033 akan mengadakan perkumpulan di Bukit Shahbandar, Daerah Brunei Muara. Pada hari tersebut, kelana-kelana akan mengadakan 'barbeque'. Berikut maklumat seterusnya.



TARIKH: 1 JUN 2009

HARI: ISNIN (CUTI AWAM)

JAM: 8.00 PAGI

TEMPAT: TAMAN REKERASI BUKIT SHAHBANDAR

YURAN: BND3.00 (Bayaran boleh dibuat pada 31 Mei pada saya (Aliyous) or Steven)


Sekian.

Kelana1033

Sambutan Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-48

Salam sejahtera. Makluman kepada semua ahli-ahli Pengakap Kelana 1033, pasukan akan mengadakan lawatan Sambutan Ulangtahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang ke-48 tahun. Berikut adalah maklumat yang telah disediakan:

TARIKH: 31 Mei 2009
TEMPAT: Pengakalan Tentera Udara Diraja Brunei, Kampung Rimba.
JAM: 8.00 PAGI

*Peringatan: Kenderaan adalah sendiri & pakaian adalah PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP PENUH.


Diantara aktiviti yang telah disediakan ialah Perhimpunan Raksasa ABDB, Pameran Statik dan banyak lagi.

Sekian.


Kelana1033

Selasa, 26 Mei 2009

Selamat Hari Jadi kepada...


NAZIBAH BINTI AMBI
Selamat Hari Jadi yang ke.....ehehe secret...
Happy Birthday to her..
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Kelana1033

Energy Fair 2009 at Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien

Salam Sejahtera. Pada hari sama juga, 'geng' Pengakap Kelana sempat juga menjenguk Energy Fair 2009 di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien. Lihatlah gelagat-gelagat pengakap kelana yang kuat bergambar.


Berlatarkan Masjid Omar Ali Saifuddien

Awang Cekmat
Pose maut...

Tugu Pertukaran Bandar Brunei ke Bandar Seri Begawan

Gambar durang jua..ahaha
Sekian...
Kelana1033

Kelana Mencari Pengalaman

Salam sejahtera. Pada 24 Mei 2009, Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 1033 telah membuat kunjungan ke Kampung Pudak di Pulau Berambang. Mungkin sebilangan orang masih belum tahu dimana kah ia berada namun ada satu lagi peluang yang akan ada untuk mengunjungi kampung yang indah ini iaitu Pertandingan Kayak Senegeri bagi Pengakap. Sesuai bagi memancing, berenang dan paling menarik orang-orangnya peramah.

Semasa senja...matahari terbenam di Kampung Pudak


Jeti Kampung Pudak

Satu-satunya masjid di Kampung Pudak

Mandi-manda di Kampung Pudak

Sakinah & Aliyous dengan Perahu Labi-labi


Menghayati senja yang indah di Kampung Pudak...


Sakinah with her little Crab


Skip Rakob merantau...

Barisan Kelana yang ada..

Sebelum kami berangkat pulang..




Sekian....

Kelana1033

Meysuarat Bulanan Kali ke-2

Salam sejahtera. Pada hari Jumaat yang lepas (22 Mei 2009) pada jam 2.00 petang, Pasukan Pengakap Kelana telah membincangkan beberapa perkara seperti:



  • Pertandingan Kayaking Senegeri (More info will be update)


  • Lawatan ke Wilayah Persekutuan Labuan, 19 - 21 Jun (More info will be update)



  • Lawatan ke pameran static Hari Ulangtahun ABDB di Pengakalan TUDB Kg Rimba, 31 Mei

  • dan beberapa hal-hal lain

Diantara yang hadir adalah ahli-ahli jawantankuasa eksekutif dan krew serta beberapa ahli-ahli pengakap dari Pasukan Kelana UBD dan Pasukan Kelana MTSSR.

Sekian berita.. =)

Kelana1033

Jumaat, 22 Mei 2009

Selamat Hari Jadi kepada...

SKIPPER ZULKIFLE BIN ASMAD
yang menyambut hari jadinya pada 23 Mei, Selamat Hari Jadi. =)

Kelana1033

Mesyuarat Bulanan ke - 2

Salam pengakap. Pada hari ini, Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 1033 telah mengadakan mesyuarat bulanannya kali kedua di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Kami telah membincangkan beberapa agenda-agenda mesyuarat. Pada keluaran seterusnya akan saya terangkan beberapa perkara mengenai pasukan ini. Sekian.

Kelana1033

Selamat Datang..

Selamat Sejahtera kepada ahli-ahli pengakap sekalian. Blog ini disediakan khas bagi tatapan para ahli-ahli pengakap sekalian alam samaada di negara Brunei mahupun luar. Setentunya ia akan menjadi wadah kepada ahli-ahli sekalian. Semoga ia akan pasukan ini akan terus maju dan berjaya dimasa akan datang.

Kelana1033