Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Memaparkan catatan dengan label mesyuarat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mesyuarat. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2010

Mesyuarat Tidak Formal

Pada pagi tadi dalam jam 0900, satu mesyuarat tidak formal telah diadakan di Kampong Pudak. Ia adalah bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti pengakap kelana. Atas sebab-sebab kesibukan dengan tugasan dan kerja masing-masing, ahli-ahli terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada kerjaya masing-masing.

Dengan sekembalinya beberapa ahli-ahli dari kesibukan, beberapa cadangan telah dibuat bagi merancakkan semula Pasukan Pengakap 1033 ini. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah kami bincangkan tadi.

  • 15 Julai 2010 yang akan datang, ahli-ahli yang berdaftar di Pasukan Pengakap 1033 dihendaki hadir pada hari tersebut bagi sama-sama meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64.
  • 16 Julai 2010, satu mesyuarat akan diadakan bagi mengumpul dan membincangkan beberapa agenda termasuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Tempat dan masa akan diumumkan dalam masa terdekat.
  • 17 Julai 2010, Santap Diraja bagi pasukan-pasukan beruniform di Dewan Santap, Istana Nurul Iman.
  • 25 Julai 2010, Bersama Rakyat di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.
  • 30 Julai 2010, Sekolah PAP Masna akan mengadakan aktiviti di Kampong Pudak. Pasukan Pengakap mereka menjemput Pasukan Pengakap Kelana 1033 bagi membantu mereka.

Dan beberapa aktivit-aktiviti lain seperti Kayak dan Perkhemahan serta beberapa aktiviti kebajikan semasa bulan Ramadhan yang akan datang.

Sekian dari Kelana1033.

Jumaat, 9 Julai 2010

Kini Kembali Semula.....

Selamat petang dan salam sejahtera diucapkan kepada semua rakan-rakan pengakap.

Setelah sekian lama menghilang kini muncul kembali. Pasukan Pengakap 1033 akan bermesyuarat semula pada:

TARIKH: 11 JULAI 2010
TEMPAT: Kampng Pudak, Pulau Berambang.
MASA: 9:00 pagi


Sekian.

Selasa, 2 Jun 2009

Mesyuarat Kayak & Labuan

Salam sejahtera. Kepada semua pengakap-pengakap kelana 1033 disekalian alam kitani akan meeting pada hari Jumaat, 2.3o petang di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap
Negara Brunei Darussalam.
Harap maklum.
Kelana1033

Selasa, 26 Mei 2009

Meysuarat Bulanan Kali ke-2

Salam sejahtera. Pada hari Jumaat yang lepas (22 Mei 2009) pada jam 2.00 petang, Pasukan Pengakap Kelana telah membincangkan beberapa perkara seperti:



  • Pertandingan Kayaking Senegeri (More info will be update)


  • Lawatan ke Wilayah Persekutuan Labuan, 19 - 21 Jun (More info will be update)



  • Lawatan ke pameran static Hari Ulangtahun ABDB di Pengakalan TUDB Kg Rimba, 31 Mei

  • dan beberapa hal-hal lain

Diantara yang hadir adalah ahli-ahli jawantankuasa eksekutif dan krew serta beberapa ahli-ahli pengakap dari Pasukan Kelana UBD dan Pasukan Kelana MTSSR.

Sekian berita.. =)

Kelana1033

Jumaat, 22 Mei 2009

Mesyuarat Bulanan ke - 2

Salam pengakap. Pada hari ini, Pasukan Pengakap Kelana Terbuka 1033 telah mengadakan mesyuarat bulanannya kali kedua di Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam. Kami telah membincangkan beberapa agenda-agenda mesyuarat. Pada keluaran seterusnya akan saya terangkan beberapa perkara mengenai pasukan ini. Sekian.

Kelana1033