Waktu sekarang ialah....Your time now is...

Ahad, 11 Julai 2010

Mesyuarat Tidak Formal

Pada pagi tadi dalam jam 0900, satu mesyuarat tidak formal telah diadakan di Kampong Pudak. Ia adalah bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti pengakap kelana. Atas sebab-sebab kesibukan dengan tugasan dan kerja masing-masing, ahli-ahli terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada kerjaya masing-masing.

Dengan sekembalinya beberapa ahli-ahli dari kesibukan, beberapa cadangan telah dibuat bagi merancakkan semula Pasukan Pengakap 1033 ini. Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang telah kami bincangkan tadi.

  • 15 Julai 2010 yang akan datang, ahli-ahli yang berdaftar di Pasukan Pengakap 1033 dihendaki hadir pada hari tersebut bagi sama-sama meraikan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-64.
  • 16 Julai 2010, satu mesyuarat akan diadakan bagi mengumpul dan membincangkan beberapa agenda termasuk mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Tempat dan masa akan diumumkan dalam masa terdekat.
  • 17 Julai 2010, Santap Diraja bagi pasukan-pasukan beruniform di Dewan Santap, Istana Nurul Iman.
  • 25 Julai 2010, Bersama Rakyat di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.
  • 30 Julai 2010, Sekolah PAP Masna akan mengadakan aktiviti di Kampong Pudak. Pasukan Pengakap mereka menjemput Pasukan Pengakap Kelana 1033 bagi membantu mereka.

Dan beberapa aktivit-aktiviti lain seperti Kayak dan Perkhemahan serta beberapa aktiviti kebajikan semasa bulan Ramadhan yang akan datang.

Sekian dari Kelana1033.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan